#2 Pengalaman Bersalin

Ok ini sambungan dari cerita pengalaman aku beranakkan Mimi. Boleh lah refer Pengalaman Beranak 1 .

Sakit yang aku rasa tu takdelah datang kerap sangat. Adalah sejam sekali macam tu. Tapi memandangkan ini first time nak beranak, first time nak timang anak so suami aku risau lain macam. Baru rasa acah-acah contraction da sibuk nak pi hospital. Ok la kita layankan sajo.

Sesampai di hospital masa tu pun da pukul berapa. Mula-mula nurse tanya la pasai pa kan. Aku cerita la da terasa sakit contraction tapi tak berapa teruk. And lagi sekali kena seluk la kan. Time tu tak silap baru bukak 1.5cm. Ok punya berejam dari pagi sampai ke malam baru bukak lagi 0.5cm je. Adoiii..Oh lupa time ni suami, abang dan mak aku turut mai sekali teman. Konon ingat aku nak warded kan. Lau ikut procedure, patient boleh warded bila bukaan da 3cm dan ke atas.

Lepas da cek bukaan tu aku kena pi cek ctg pulak. Ctg ni nak tengok kadar deguan jantung baby. Pada masa yang sama kalu ade contraction ctg ni boleh track sekali. Sekali buat ctg ni lama jugak wei. Lepas tu nak tunggu doktor pulak. Sementara nak tunggu datang tu ade sesekali eh beberapa kali jugak perut rasa menggelodak balik. Asyik rasa nak berak je wei. So nak dijadikan cerita settle jalankan prosedur kat hospital dalam pukul 5pagi. So ceritanya bukaan baru 1.5cm. Sekian.

0

Dugaan Sebelum Bersalin: Suami & Kak Mimi Demam La Pulok

Budak kena cucuk amik darah. Nie first time amik darah ni..Yang second time amik meraung kawan kalah lagu Newboyz - Meraung. Hahahaha

Khamis ni kandungan aku cukup 40 minggu. Tapi aku still takde tanda yang 3 tu la iaitu contraction, turun darah ataupun pecah air ketuban. Mild contraction? Entah…kadang macam rasa tapi kadang macam ehh perasaan aku je ni kot. Sebab aku cuma yakin kalau yang real contraction je..hahahaha

Kali ni mengandung aku ambil cuti hampir dua minggu awal dari EDD aku. Kalau Kak Mimi dulu lagi seminggu nak beranak baru aku cuti. Kali ni macam tak larat sangat nak menempuh hari-hari sebelum EDD tu. Mungkin sebab faktor aku travel dan drive sendiri. Dengan keadaan jalan dan jam tak tentu pasal buat aku lagi rasa penat sangat. Lagikan pulak aku da siapkan semua keje aku yang aku dah target untuk tahun ni. Jadi kalau pergi office pun takde ape nak buat. Jadinya kita bercuti awal la yea.
0

Jumpa Pakar HTAR

Scan di private clinic. Doktor Azlini yang detect air ketuban aku terlebih. AFI = 256mm

Berikutan masalah aku iaitu mempunyai air ketuban terlebih seperti yang dah aku bebel di entri sebelum ni di mana korang boleh rujuk SINI. Jadi kali ni nak cerita pulak pengalaman pergi jumpa pakar. Aku dapat tarikh appointment dengan pakar bahagian O & G hari Jumaat pada 20 Oktober 2017 di mana nurse di Klinik Desa yang call dan buatkan appointment. Urgent appointment yea sebab aku tinggal a few weeks nak deliver. Sewaktu aku menaip entri ni pun usia kandungan aku dah 38 minggu 4 hari. Minggu depan hari Khamis bersamaan 9 November 2017 EDD aku yea..hahaha. Nervous makcik nok. Jadi tarikh kena jumpa pakar ialah pada 25 Oktober 2017 pukul 8 pagi.
0

Dugaan Sebelum Bersalin: Air Ketuban Terlebih

Di saat entri ini dibuat usia kandungan aku dah mencecah 36 minggu 6 hari. Jadi lebih kurang 3 minggu sebelum aku bersalinkan adik Mimi. Kali kedua mengandung aku diuji dengan pelbagai dugaan. Totally tak sama dengan sewaktu mengandungkan Mimi. Masa 1st pregnancy semuanya ok. Sepanjang mengandung ok kecuali aku takde selera makan dan setiap kali check up baby urine aku problem. Macam kencing kotor je la. Lain-lain masalah takde seingat aku la.

My 2nd pregnancy ni pulak lain pulak ceritanya. Di awal mengandung aku mabuk teruk sampai muntah-muntah, pening kepala dan as usual takde selera makan. Bila da masuk 2nd trimester, HB aku pulak on off. End up 3 kali pi check up makin turun bacaan HB aku. Tak memasal dari sticker putih terus tukaq ke sticker hijau. Tapi selepas aku consume VCO time dah masuk 3rd trimester HB dah cantik balik.
0

Cabaran Sebagai Ibu Bapa




Bila kita dah pegang title sebagai parent, dah ada anak baru terasa perit susah nak membesarkan anak. Bukan mengeluh. Tidak mungkin aku nak mengeluh dengan pinjaman yang Allah bagi.. Amanah dari-Nya. Perit susah yang aku maksudkan bila kita nak membentuk mereka supaya menjadi MANUSIA. Bila anak aku makin membesar disulam pulak dengan berita-berita dekat tv, newspaper, social media tentang perangai anak-anak muda yang masih berumur setahun jagung yang masih bersekolah, aku jadi takut. Macam mana la nak membesarkan anak dengan keadaan dunia yang makin tenat ni???

Berita yang masih hangat, dalang di sebalik kebakaran pusat tahfiz. Tidak ku sangka mereka masih budak-budak lagi. Yang paling otai pun 18 tahun dan paling muda 12 tahun. Tahu tak di usia aku masih 12 tahun aku sibuk duduk rumah sambil tengok cerita Sailormoon dan Dragon Ball yang bersiaran tiap hari Ahad? Itu tak termasuk lagi cerita yang anak pukul emaknya. Apa nak jadi dengan dunia sekarang. Siapa yang harus dipersalahkan?

0

Hari Sukaneka & Hari Keluarga Sekolah Kak Mimi

                                               Muka Mimi nampak penat giler. Hahaha

Weekend yang penuh mencabar bagi aku yang sedang mengandung. Kandungan aku sekarang da 26 minggu +. Lebih kurang dua minggu lagi da masuk 3rd trimester. Nervous mama. Hehehe. Selalunya kalau hari cuti aku akan amik kesempatan untuk bangun lambat sikit. Lambat tu takde la sampai matahari tegak di kepala tapi tak seawal macam nak pergi keje. Maklum la aku gi keje seawal 06:30 pagi kot. Ko rase pukul berapa hakak bangun?

Disebabkan Sabtu (semalam) Mimi ada sukaneka dekat sekolah dia dan cikgunya da maklumkan da anak-anak kena tiba di sekolah antara pukul 07:00 hingga 07:30 pagi untuk anak-anak breakfast dan ibu bapa pula kena terus ke padang (luckily ade breakfast disediakan) so aku dan encik suami terus langsung ke padang. Dalam pukul 6 lebih aku da kejutkan suami semua. Rasa tak macam cuti sebab kena bersiap awai. Hahaha.
0

Raya 2017

                        Tema tahun ni: Kuning. Nasib baju aku muat weiii..Time ni 20weeks +


Alhamdulillah..hari ni da Syawal ke-2. Tahun ni aku tak balik ke Kedah. Jadi sambutan raya diraikan di Johor je bagi kedua-dua belah keluarga. Untuk belah aku macam biasa since di sini hanya kami sahaja takde sedara mara lain so lepak je dekat rumah. Tapi raya pertama (semalam) lepas suami aku habis solat sunat raya, kitaorang gerak ke rumah mertua aku. Hampir empat tahun kahwin aku dah boleh baca da itinerary belah mertua aku ni.

Selalunya sesampai d rumah mertua kitaorang makan jap. Lepas tu berkonvoi pergi ke rumah nenek suami aku belah mak dia. Tak sampai 10minit pun perjalanan. Dokat jaa...lepak rumah nenek dia dalam sejam dua kita teruskan perjalanan ke rumah embah suami aku pulak dekat Tangkak. Jauh la jugak perjalanan. Hahaha. Embah aka nenek suami aku ni belah ayahnya pulak. So itu aktiviti wajib kalau aku beraya di Johor. Lepas tu terpulang la nak pergi beraya dekat mana. Terserah...
0

Dugaan Mengandung

                              Nampak tak perubahan berat aku??? Menurun lagi ade la..aishh

Aku baru balik dari check-up diri aku dan adik Mimi ni. Hari ni genap usia kandungan aku 17 minggu 5 hari. Kalau dulu time pregnant kan Kak Mimi aku mengalami masalah air kencing kotor je. Sampai tiap kali nak check-up aku try minum air sebanyak mungkin untuk elakkan air kencing kotor tapi still bacaan urine tu ade sikit-sikit positifnye. 

Now second pregnancy ni memang aku harap sangat everything is ok and harap bebenar adik Mimi dijauhkan dari jaundice. Siap da beli awai da Gulsan pati delima tu. Nanti da masuk 3rd trimester nak start consume together dengan susu kambing (if time tu tekak aku boleh terima susu la).

Tak silap aku hari ni hari ketiga aku follow-up check-up. Last month check-up alhamdulillah everything ok. Baik dari bacaan HB and urine semuanya ok. Cumanya berat aku just naik 200g je wei. Nurse siap tanye aku diet ke. Aku was like krik krik krik. Ape ke ngeknya aku nak diet time mengandung ni. Tak ponah dibuek orang. Kecuali da nak due tu selalu aku control sikit makan sebab nak control berat baby kan.
0

Alhamdulillah..Mimi Nak Jadi Kakak Daaaa

                                                         Time ni baru 5 weeks

Alhamdulillah. Di kala aku menaip entri ni usia kandungan aku da mencecah 12 minggu 5 hari dah. Tadi baru pi check up dekat klinik (monthly check up). Actually nak update sini since aku disahkan pregnant lagi. Time tu usia kandungan baru 5 minggu tapi kali ni punya penangan dia Allahuakbar lagi dasyat dari pregnantkan Kak Mimi (da dapat pangkat kakak da Mimi. Ko hado? Hahaha)

Actually aku pun tak sangka aku pregnant. Memang dari awalnya aku dan suami nak bagi Mimi adik bila Mimi genap umur 2 tahun. Tapi cuba punya cuba takde rezeki lagi. So sekarang umur Mimi dah 2 tahun 8 bulan 2 hari dan Alhamdulillah lah aku pregnant lagi. Syukur sangat sebab Allah bagi peluang lagi untuk aku merasai nikmat mengandung.
0

Braces #2 Perubahan Demi Perubahan

Sejak pakai braces ni senyum ade sikit confident :p

Yuhuuuu eh da dua bulan lebih da uolls iolls pakai braces ni. Hahaha...dalam senyuman dan ketawa aku ni penuh seribu kesengsaraan tahu. Tapi nak cantik punya pasal kita redha je la yeaaa

Ok hari ni nak cerita sikit pengalaman sepanjang 2 bulan pakai braces. Nampak baru 2 bulan aku beriya nak bercerita bagai. Hahahaha
0

My Wedding 3rd Anniversary

Time ni Mimi pun sanding sekali dalam perut mama. Hahahha. Maklumlah nikah gantung gini la :p

-Entri dari draft-

Pejam celik pejam celik rupanya da 3 tahun da aku bergelar isteri dan 2 tahun lebih bergelar ibu. Pelbagai pengalaman yang aku harungi baik buruk semuanya adalah. Pengalaman tu la yang banyak mematangkan aku.

Aku dan suami selamat diijabkabulkan pada 2 November 2013. Dari start berkenalan, bercinta hinggalah kahwin aku memang tak pernah missed wish dekat suami our anniversary termasuklah anniversary kitaorang jumpa, declare couple, bertunang, nikah dan sanding. Tapi sejak-sejak da jadi mak orang ni ingatan aku mudah sangat lupa wei. Aku kena beli kismis banyak-banyak ni. Sampai kenkadang aku rasa suami aku lagi kuat ingatan dia. Kekekeke

Nak dijadikan cerita tahun ni serius lah aku totally lupa tarikh anniversary kami. Actually aku ingat je bila tarikh-tarikh kami yang bersejarah ni just kalau ko tanya hari ni berapa haribulan esok berapa haribulan memang fail banyak la. Mungkin sejak jadi auditor ni banyak na na nak pikir sampai aku terlupa tarikh wei.
0

Kutu Oh Kutu


Bila hantar anak pi nursery ni memang macam-macam dugaan dapat. Yang paling ketara is penyakit,virus dan seangkatan dengannya. Sepanjang hantar Mimi dari umur dia tiga bulan, Mimi selalu dapatjangkitan dari budak-budak yang mak pak dia kedekut nak cuti jaga anak mungkin. Antaranya selesema, batuk, sakit mata dan yang paling terkini kutu. WHATTT KUTU??? OMGGGG
0

Ke Cameron Highlands La Kita (06/01 - 08/01/2017)

 Tetiba suka bunga. Motif? 

AMARAN! ENTRI INI PENUH DENGAN GAMBAR. HARAP MAKLUM!

Ni namanya da kemaruk nak pi berjalan. Tak kisah la ke mana janji tak terperuk kat rumah or pi shopping mall. So boring! Jadi kata sepakat laki bini kita pi la ke Cameron Highlands. Lagipun kami tak pernah bawa Mimi pi bercuti lagi. So kini tiba masanya. Hahahaha. Aku pi sana tiga hari dua malam ja. Jumaat petang gerak sampai malam sebab si Mimi boleh pulak cirit birit. Ok tu nanti next entry kita cerita.

Tempat Penginapan
Tempat tido memang aku serahkan sebulat-bulatnya kat suami untuk cari hotel yang ok and selesa. Suami aku booking guna agoda.com. Hotel yang menjadi pilihan suami ialah Snooze Too Hotel. Lokasi hotel ni betul-betul dekat tengah-tengah Brinchang tu ha. Satu malam charge RM150 tapi kalau korang walk in or book direct call hotel ni boleh dapat murah lagi. So ktaorang menyesal booking guna agoda. Hahaha.
2
Back to Top