Raya 2017

                        Tema tahun ni: Kuning. Nasib baju aku muat weiii..Time ni 20weeks +


Alhamdulillah..hari ni da Syawal ke-2. Tahun ni aku tak balik ke Kedah. Jadi sambutan raya diraikan di Johor je bagi kedua-dua belah keluarga. Untuk belah aku macam biasa since di sini hanya kami sahaja takde sedara mara lain so lepak je dekat rumah. Tapi raya pertama (semalam) lepas suami aku habis solat sunat raya, kitaorang gerak ke rumah mertua aku. Hampir empat tahun kahwin aku dah boleh baca da itinerary belah mertua aku ni.

Selalunya sesampai d rumah mertua kitaorang makan jap. Lepas tu berkonvoi pergi ke rumah nenek suami aku belah mak dia. Tak sampai 10minit pun perjalanan. Dokat jaa...lepak rumah nenek dia dalam sejam dua kita teruskan perjalanan ke rumah embah suami aku pulak dekat Tangkak. Jauh la jugak perjalanan. Hahaha. Embah aka nenek suami aku ni belah ayahnya pulak. So itu aktiviti wajib kalau aku beraya di Johor. Lepas tu terpulang la nak pergi beraya dekat mana. Terserah...

Actually aku da hampir empat bulan tak balik Johor atas faktor tertentu. Bila balik raya kali ni Mimi sangat-sangatttt peramah and banyak mulut. Da da boleh bonding dengan semua orang especially dengan tok wan dan atok dia. Sebab selalu balik kampung watak dua orang ni memang Mimi sombong sikit. Oh plus dengan pak long dia belah suami aku. Memang Mimi kerek. Tapi kali ni entah maybe sebab faktor dia makin besar dan banyak mulut so dia ok je.

Just imagined, dari Segamat ke Tangkak dia boleh membebel non-stop. Almost nak sampai Sagil baru dia senyap and tertido. Penat membebel la tu. Sama jugak masa on the way balik dari Tangkak nak balik Segamat. Dia sambung bebel tapi da area Jementah dia senyap dah. Penat letew bercakap je kejenye. Hehehehe

                        Budak mulut banyak niii...eiiiii ase nak cubit-cubit je mulut kecik tu tau

Memang impian aku nak bagi Mimi closed dengan both family so senang sikit dia nak bawak diri. Takdelah asyik nak berkepit dengan aku je kan. Tambahan pulak Mimi pun nak jadik kakak dah kan. Hehehe

Oh actually aku nak cerita ape yang berlaku dekat aku dan suami last week. Nak dijadkan cerita aku mc hampir seminggu sebab sakit mata. Suami aku pun kena sakit mata tapi doktor cakap ketumbit. Entah la. So huru hara la family aku sebab lagi seminggu nak raya boleh pulak kena sakit mata and demam. Nasib la anak aku ok wei. Sihat alhamdulillah sebab seminggu sebelumnya dia da kena demam kan. So time ni balik raya mata aku macam sepet sebelah tapi tak merah dah. Aku pun tak tau la kenapa. Dugaan sungguh. Tu aku belum cerita lagi aku demam menggigil-gigil then tekat tak terima panadol. Makan muntah balik. Puiii..memang baby dalam perut ni cerewet sangat tau. Hahaha..

So aku cuti raya seminggu plus MC seminggu total up 2 weeks tak keje, Hamek koooo. Ok la nak cari makanan. Lapar aku makin menjadi-jadi. Hehehe

No comments

Back to Top