Hari Sukaneka & Hari Keluarga Sekolah Kak Mimi

                                               Muka Mimi nampak penat giler. Hahaha

Weekend yang penuh mencabar bagi aku yang sedang mengandung. Kandungan aku sekarang da 26 minggu +. Lebih kurang dua minggu lagi da masuk 3rd trimester. Nervous mama. Hehehe. Selalunya kalau hari cuti aku akan amik kesempatan untuk bangun lambat sikit. Lambat tu takde la sampai matahari tegak di kepala tapi tak seawal macam nak pergi keje. Maklum la aku gi keje seawal 06:30 pagi kot. Ko rase pukul berapa hakak bangun?

Disebabkan Sabtu (semalam) Mimi ada sukaneka dekat sekolah dia dan cikgunya da maklumkan da anak-anak kena tiba di sekolah antara pukul 07:00 hingga 07:30 pagi untuk anak-anak breakfast dan ibu bapa pula kena terus ke padang (luckily ade breakfast disediakan) so aku dan encik suami terus langsung ke padang. Dalam pukul 6 lebih aku da kejutkan suami semua. Rasa tak macam cuti sebab kena bersiap awai. Hahaha.

Sesampai di sekolah (nursery Mimi sewa dewan terbuka sekolah rendah. Ku pikir di padang pada awainye. Hehehe) terus laki bini menuju ke tempat makanan. Lapar kot. Hahaha. Makan la sementara nak tunggu majlis start. Budak-budak pun tak sampai lagi kot.

                Selfie dulu before breakfast. Kualiti gambar tak cantik sebab guna hengpong aku -_-

Bila kanak-kanak dari tiga taska da sampai majlis pun dimulakan. Selepas pengetua bagi ucapan, ade perbarisan kanak-kanak dari 3 taska. Anak aku Taska 2 dan temanya merah. Tak memasal parent pun kena pakai baju merah mak ngah. Hehehe. Geli hati aku tengok budak-budak berbaris. Memang tak kawad la tapi mereka bergerak dalam barisan. Tiba giliran taska Mimi aku da zoomkan mata aku mencari anak dagha ni. Alahaiii comel je anak aku berbaris siap dia pulak beriya tarik tangan kawan dia. Tak tau la sebab kawan dia tak bagi kerjasama nak berjalan berpimpin tangan atau Mimi rasa kawan dia jalan lambat na. Hahaha

Mimi yang dah ku bulatkan tu. Time ni tengah perbarisan ni. Again kualiti gambar kureng. Sorry kawan- kawan

Selepas perbarisan ada senam aerobik. Mimi kalau lalu padang dia mesti cakap sha la la la. Sebab dorang praktis senam tu dengan lagu ni la. Sha la la la sha la la la in the morning. Hahaha. Tapi time ni aku rasa kalau parent tak join sekali pun takpe sebab automatik budak-budak hilang fokus nak bersenam siap ade yang menagis bila tengok parent dok dengan dorang termasuk anak aku la. Mimi tak nanges tapi dia jadi cam segan ke camne ntah. So macam rugi la dorang beriya berlatih berminggu-minggu kan.

TIme ni tengah buat senam aerobik. Mimi terus taknak buat lepas nampak aku dengan baba dia. Adoii. Nyesal mama tegur ko nak..hahaha

Lepas perbarisan habis terus aktiviti-aktiviti sukaneka bermula. Untuk kategori budak berumur bawah setahun dorang ade game di mana bapa pegang anak beserta soft ball dua biji and ibu kena pujuk anak bagi bola dekat ibu. Then second round ibu pulak pegang anak dan bapa kena pujuk anak bagi bola dekat bapa. Ada juga aktiviti tarik bola guna gelung plastik, boling, pancing dalam botol kot, bawa bola pingpong dalam sudu, dan tiru gaya saya (cikgu-cikgu je yang join). 

Mimi join game boling di mana aku pehang pin boling dan Mimi pegang bola. Then kami kena berlari dekat baba dia then baba dia kena baling bola bagi kena pin yang aku da letak dekat tempat yang da ditentukan. Tapi aku idok la berlari cuma berjalan laju sikit. Tapi mampu membuatkan satu badan aku sakit especially tulang tuuuttt dengan tulang tuutt..Hahaha. Mimi just menang saguhati je. Mana tak nya first round baba dia baling tak kena pin so aku suruh Mimi ambil bola bagi dekat baba dia. Then after Mimi pass bola Mimi boleh tercegat dok tengah-tengah pin tu. Dia ingat baba dia nak main bola dengan dia. Dia tak faham yang sekarang ada lah permainan boling dan bukan permainan pass bola dari bapa ke anaknya. Hahaha. 

Taraaa..dapat saguhati botol air je. Jadi laaa..walaupun Mimi tak menang dalam acara boling tapi Mimi sentiasa menjuarai di carta hati mama. Cia cia cia

Takpelah..walaupun menang saguhati je yang penting anak aku happy. Aku takde la minat benda-benda ni. Tapi aku da pasang niat setiap aktiviti yang melibatkan anak aku, aku nak pergi untuk support biar anak kita rasa happy and terasa yang family dia sentiasa sokong dia.

Tapi aktiviti aku tak habis di sekolah je. Habisje sukaneka pergi tesco pulak beli barang dapur and barang adik Mimi. Adoiii kesimpulannya memang Sabtu ku ni banyak sangat berjalan. Sampai rumah semua tido mati sampai ke senja. Penat bak ang. Aku tak payah cerita la weiii..

Sekian,

Puan Wany

No comments

Back to Top